Pentingnya Value Dan Kredibiliti Dalam Bisnes Online

Atas workspace saya ni ada banyak nota. Bila saya go-tru satu per satu nota-nota saya ni, baru saya perasan semuanya berkaitan ilmu dalam bisnes online. Ye, semua!

Untuk bagi anda gambaran macam mana cara saya menulis nota, saya tunjukkan gambar kat bawah ni. Nota-nota ni biasanya saya letak dalam organizer kecil beli kat kedai dua ringgit tu..

Saya memang jenis menulis nota. Tulis atas notepad dan tulis dalam buku latihan garis satu yang selalu budak sekolah guna tu. Dua benda ni selalu ada dalam senarai alat tulis saya.

Dan lagi satu, saya bukan jenis yang baca buku. Tapi suka baca artikel kat internet. Kebanyakannya berkaitan bisnes online. Bila ada benda yang saya bersungguh-sungguh nak belajar, saya akan take note.

Menunjukkan bahawa passion utama saya adalah dalam niche bisnes online. Tak hairanlah kenapa saya pernah menjadi freelance website content writer dalam niche bisnes online dan marketing technology (MarTech) untuk 3 buah laman web.

Kita Tak Boleh ‘Fake’ Dalam Penulisan Content!

Passion adalah minat yang mendalam. Passion ni kita tak boleh ‘buat-buat’ (fake) dalam penulisan content. Orang yang cuba untuk fake dalam penulisan ni, dia sendiri akan burn out dan sakit kepala masa menulis.

Passion akan jadikan penulisan anda berkualiti atau sebaliknya. Pembaca boleh tahu kalau anda fake dalam penulisan.

Diorang boleh tahu samaada kita sekadar menulis untuk penuhkan blog atau betul-betul berkongsi something yang bermanfaat pada diorang. Dari situ diorang akan menilai samaada nak jadikan kita sebagai authority dalam hidup diorang atau tak.

Dengan adanya passion, penulisan kita mampu buatkan pembaca terinspirasi, ambil berat apa yang kita sampaikan dan termotivasi untuk buat tindakan seperti apa yang kita sarankan.

Bukan ke 3 benda ni kita memang perlukan sebagai seorang usahawan? Attention, bonding dan trust dari audience.

Dekat sinilah letaknya kelebihan saya dalam penulisan content laman web. Saya dah bantu tingkatkan value dan kredibiliti beberapa buah bisnes melalui penulisan content laman web dalam niche bisnes online dan MarTech.

Anda kena ingat, bisnes ni asasnya membantu orang lain. Jadi, tulislah sesuatu yang anda betul-betul minat dan dapat bagi manfaat pada orang lain. Banyakkan berkongsi dulu sebelum fikir untuk menjual.

Dengan adanya value dan kredibiliti, anda mampu ‘menjual tanpa perlu menjual’.

Apa yang saya kongsikan ni…bukan sahaja terpakai untuk penulisan content laman web, tapi anda jugak boleh apply dalam mana-mana medium penghasilan content sekalipun seperti video Youtube dan podcast.

Cukup dulu buat masa ni, hari lain nanti saya kongsikan pulak bagaimana kita nak tentukan passion-based niche dalam diri kita ni yang mana bukan sahaja boleh digunakan dalam penghasilan content tapi jugak dalam pembinaan sesuatu bisnes online untuk menjana pendapatan.

Kongsikan pendapat anda pulak kat bahagian komen!

Leave a Comment